Salam alaik and greetings ;)
It's been a while. and i'v been thinking a lot lately. tentang hidup, tentang aku, tentang kau, tentang kamu semua, tentang mereka, tentang tanah air, hampir segalanya. hm, ya hidup aku secara dalaman nya sdg dilanda gelora sekarang, meski tidak dizahirkan. seperti semua tidak kena lagak nya.
tiba2 untuk entry kali ini, aku terasa ingin berbahasa baku. mungkin gara-gara angin rindu kepada penulisan ala-ala sastera yang sudak berkurun ditinggalkan. berbalik kepada kesamaran. aku sering terhenti sejenak setiap kali diajukan soalan "tell me about yourself." apa yang harus aku katakan? serasa seperti tiada yang istimewa tentang aku. suram belaka, tiada yang mampu aku banggakan. sering kali aku dipanah cemburu melihat orang yang ada di sekeliling aku.
si polan hebat bermain piano.gitar.drum.trumpet.violin.
si anu gagah di pentas silat.tae kwan do black belt.lawan pedang.
si cantik manis bersuara merdu bak buluh perindu.
si dia bertubuh sasa ligat di padang bola seperti cristiano ronaldo lagak nya.
si polan pula raja pidato yang sentiasa menggegarkan setiap arena. dialah juara.
si minachi tahu setiap inci hiburan.korea.gig.rock kapak.nasyid bahkan.
si gadis ayu bertudung labuh tinggi pekertinya. mulia akhlaknya. cukup agamanya.
si anu hebat berhujah seakan dialah pemimpin muda, bakal pelapis tunggak negara.
si otak geliga pula pastinya disanjung semua. ilmunya tinggi tersemat di dada.
si kaya berpeluang menunggang kuda.memanah.menjelajah setiap ceruk bumi Tuhan.
si anu mahir berbahasa.inggeris.melayu.cina.arab.perancis.jepun.itali.sepanyol.
si cilik kreatif mencipta.berinovasi.berfikiran jauh.bersemangat waja.
si petah bicara sering didampingi ramai kerana lahiriahnya menyenangkan.
si hati murni aktif menjadi sukarelawan.merasa jerit perih yang kurang upaya.
...tapi aku? tak punya apa. puas sudah ku kerah otak memikirkan siapa aku sebenarnya. "define yourself" - satu persoalan yang tidak pernah mampu aku jawab setakat ini. aku buta seni.aku buta fesyen, berpakaian seadanya.cemburuku pada mereka yg punya identiti.dikenali kerana sentiasa ayu,atau penggemar koleksi vintage, atau yang lainnya.tidak juga hebat sisi feminin ku. tidak hebat memasak seperti ibuku.tidak pandai menjahit walhal ibuku punya sijil tayloring.maka akulah termasuk dalam golongan yang tidak mahu memanfaatkan peluang.
aku main bola, tp tidak pernah menjadi hebat bola walau sudah agak lama bermain.bebal agaknya.atau cuma tiada bakat.suatu masa aku juga pernah hebat berhujah di medan perbahasan.tapi semuanya tinggal kenangan gara-gara tiada peluang.atau sebenarnya aku takut dan kecut?ah alasan. aku bersuara katak.cemburuku pada kemerduan suara mereka mengalunkan lagu waima melagukan bacaan Quran.
suatu masa pernahku menceburkan diri di dalam silat.tapi setakat hangat2 tahi ayam.tetap di situ sebagai pemegang tali pinggang hitam.kini ku ceburi lawan pedang, juga ku tak ketahui apa penghujungnya nanti.hangat2 tahi ayam - itukah aku?
aku turut berhibur seperti yang lainnya.mendengar lagu, menonton cerita, tapi setakat itu sahajalah.tidak aku bersungguh seperti yang lainnya.tahu setiap inci idola.maka tidaklah aku dikenali sebagai gila korea ataupun gila gig contohnya.mungkin itu satu kebaikan untukku, jauh dari yang lara.
tapi tetap juga rapuh sudut agamaku.sirah nabi entah bila kali terakhir aku tatap.bab fikah tauhid juga tetap di takuk yang lama.tatkala diminta menjadi imam solat jemaah wanita, pasti aku mengelak.takut.tidak yakin.mampukah aku yang tidak cukup ilmu ini mengimami mereka yang jauh lebih elok agamanya dariku.sampai bila harus begini?ya, sampai bila.soalnya, dari mana patut aku mulakan kembali?tapi satu, jangan paksa aku.jangan buat aku lari semula.jangan.aku tahu.aku sedar.aku akan mencari.tapi jangan membontoti aku ke mana saja.jangan.
terkenang dulu, waktu kemuncak hidupku di MRSM.aku lah pemimpin, yang sama ada disegani ataupun dibenci.tetapi tetap memimpin.gah melontar pidato melontar amanat melontar pendapat di pelantar hampir setiap hari.tapi kini lidahku seakan terkunci.ke mana hilangnya pemimpin ini aku juga tak mengerti.mungkin gara-gara silapnya percaturan hidup di KMB,maka lumpuh lah segala yang pernah aku miliki.dua tahun terbazir tak termanfaat.maka itulah dua tahun yang ku benci dan tak akan ku ingat.kerana itu juga aku tidak mahu meraikan graduasi IB 2010.tapi bukanalah ertinya aku melupakan insan-insan yang aku kenali di situ, aku cuma membenci diriku yang telah membazirkan 2 tahun yang penuh peluang keemasan.
"ambil kursus apa?" tanya mereka. "perubatan." kataku. "wah, hebat!"
hebatkah andai aku hanya yang sederhana?bila akan ku cipta nama?mengharumkan negara atau negeri setidak-tidaknya?jika dulu di zaman sekolah menengah, aku cukup bersemangat waja mencipta nama, menjadi yang terbaik.tapi kini, semangat itu lesap entah ke mana.seakan sayu dan suram perjalanan ini.berkawan juga aku tak pandai.aku kurang menghargai menurutku.yang sejati sukar dicari.maka tertinggal lah aku di kelompok yang kecil.
ah,gusar!kalau saja aku merasakan semua ini di saat aku di awal belasan tahun, pasti sudah ku rancang hidup ku paling tidak 20 tahun ke hadapan.mencari kekuatan, keunikan, kebanggaan sendiri lantas memberi identiti.ya, pasti ada yang akan mengatakan masih belum terlambat untuk aku mulakan semula apa yang aku ingini.pasti.tapi, dalam kondisi aku selaku pelajar perubatan, berapa banyak yang dapat aku kecapi?apatah lagi bila bergelar doktor perubatan 5 tahun mendatang.hidup untuk kesenangan sejagat.namun tidak bermakna aku sesali keputusan mengejar cita-cita ini.ada sesetengah perkara harus ku lakukan mulai dahulu, bukan kini.sesalan ini tiada erti.
secara jujurnya, banyak yang aku angankan. ada yang terbantut kerana kemalasan diri. ada kerana kekangan kewangan. ada juga lantaran tiada kesempatan atau kemudahan.
aku ingin merasa diri ini penting dan diperlukan dalam organisasi, seperti dulu-dulu.
aku ingin punya sesuatu yang unik yang aku mahir dan aku dalami, pokok pangkalnya aku hebat melakukannya.sukan mungkin? atau kesenian & kesusasteraan? ya terserah aku. belum punya keputusannya kini.
aku ingin berkunjung ke panggung menonton teater seperti PGL, Tun Dr. Mahathir, Natrah dan seumpamanya.mendalami penyampaian seni.
aku ingin kerap ke galeri lukisan, menjiwai apa yang tersirat.aku ini berjiwa halus sebenarnya.keras lapisanku, tapi jika kena lagaknya pasti bisa memanah terus ke ceruk halus ku.
aku ingin mahir melukis, atau punya kamera canggih paling tidaknya. supaya dapat ku rakam setiap keindahan yang ku terokai.
aku ingin belajar dan mahir berkuda atau memanah jika tidaknya.
aku ingin belajar memetik piano. merasai setiap petikan dengan penuh emosi.
aku ingin mendalami ilmu agama, menjiwai sirah dan menyematkannya di dada.juga ingin melengkapkan lompong-lompong kosong di hati, menyucikan yang hitam, kerana roh ini suatu ketika dahulu telah bersaksi pada Tuhan nya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
aku ingin punya duit yang banyak supaya aku dapat berbakti, membalas jasa orang tuaku yang sekian lamanya berkorban segala.akan aku tunaikan segala yang pernah mereka hajati, meski tidak pernah mereka zahirkan kepada anak ini.
aku ingin mendalami politik. mendalami sejarah, memahami erti perjuangan. menjadi orang yang bernilai harganya, yang tidak mudah diperlekehkan.
aku ingin menjadi seperti pokok kelapa, yang penuh berfungsi pada setiap strukturnya.
ya, banyak yang aku inginkan.tapi bagaimana?
aku dengan ini, berikrar pada diri, untuk membentuk percaturan terbaik dalam hidup aku selepas ini. menjadi manusia yang beridentiti, berguna dan bernilai tinggi. sejarah akan ku jadikan peringatan. wahai diri, zaman gelap sudah berlalu, dan rodaku sudah berpusing kembali, dan harapnya aku kembali ligat di atas puncak.
life is like a wheel..x slamaknya di atas...& x slamaknya d dibah...
ReplyDeletenang bena...:)
ReplyDelete