di sebalik kemeriahan foto-foto majlis akad dan resepsi yang auranya dapat aku rasakan hingga ke bumi Ireland ini, ada sesuatu yang menarik perhatian.
dan semakin banyak aku belek dan belek setiap keping foto, semakin berat rasa hati ini. terasa ada air yang bergenang di kelopak mata. kenapa sebak? kerana betapa 8 bulan yang berlalu telah merampas sebegitu banyak usia mereka yang aku kasihi. 8 bulan yang pada perkiraan ku merupakan satu tempoh yang singkat. tetapi begitu ketara perubahan yang berlaku.
Nek Mok, ipar kepada nenek kandungku. betapa badan nya sudah begitu susut ku lihat. beliau yang 8 bulan dahulu agak berisi tubuhnya, kini kelihatan cengkung sekali. sungguh, aku terkejut.

Nek Us, atuk ku. pada usia menjangkau 80-an, ku lihat garis-garis tua semakin bertambah. pada halkumnya ku lihat lipatan kulit yang semakin menua. tetapi wajah itu tetap kacak bergaya, berkaca mata hitam di hari bahagia cucu tercinta. tersenyum menampakkan gigi palsu yang tersusun rapi.

dan terselit juga gambar ibuku, tersenyum girang. masih kelihatan seperti kali terakhir aku tinggalkannya di balai pelepasan KLIA. siapa tak kenal JJ, nenek bergaya. barangkali kehadiran Ameen, cucu pertama dalam keluarga kami membuat mak gembira sentiasa.

ah. penuh emosi. tapi pesan ku pada semua, make the most of your time. pulang lah bila berkesempatan dan berpeluang. kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau lusa. aku hormati keputusan segelintir rakan-rakan yang tidak mahu pulang pada cuti musim panas yang panjang akn dtg. barang kali mereka ada perancangan sendiri.
tapi, pada kaca mata aku yang bukan siapa2 ini, pulang lah. pulang lah. berbakti kepada org tua sementara mereka masih ada. takut nanti sesal tak sudah.
No comments:
Post a Comment