Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dgn izin-Nya jualah maka Program Sirih Pulang Ke Gagang 2011 berjalan dgn hampir jayanya. Terima kasih tak terhingga kepada krew PSPKGII atas semangat kental serta kerjasama yg diberikan. Mungkin banyak kesulitan dan ketegangan yg kita hadapi sepanjang persediaan, tapi hampir semua bersatu atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang. untuk kau yg tidak tahu-menahu, jgn lah kau celupar mulut untuk sesedap rasa mengutuk itu dan ini sedang kau hanya duduk goyang kaki. janganlah kau jadi batu api di antara kita. kalau kau rasa duduk di bangku pengarah itu mudah, aku cabar kau untuk mengarah siri seterusnya. aku sudah lali dgn keceluparan mulut kau sejak dari dulu lagi, hasad dengki kau, bukan kau yg perlu aku risaukan kerana hanya Tuhan mengetahui aku punya masalah lebih berat untuk aku uruskan. kalau dulu mulut kau itu sering jadi punca sengketa, kini dgn bangga aku katakan, keceluparan kau sudah mampu aku telan, hadam dan lupuskan.
Kepada yg tidak mengetahui, persediaan bermula seawal April 2011. kertas kerja, memohon kelulusan dan sebagainya. terima kasih kepada Ikwanuddin dan Naqib yang berjaya mendapatkan kelulusan dari pihak maktab. Pada asalnya, PSPKG ini kami cadangkan untuk Ting. 3 dan Ting. 5, namun akhirnya ia dilaksanakan untuk Ting. 3 dan Ting. 4. Asalnya aku diberitahu jadual program Ting. 5 sudah penuh, maka tidak memungkinkan kami bersama mereka, tapi sebab musabab yang sebenarnya biarlah aku simpan sendiri. Memang perit.
Aku masih ingat semasa aku dalam tempoh cuti-cuti Eropah. Di kala rakan-rakan lain nyenyak dibuai mimpi di dalam night train, aku bertungkus-lumus menyiapkan job scope untuk edaran. Tidak, aku tidak merungut mahupun berbangga, kerana itu sudah tanggungjawabku sebagai pengarah. Dan aku juga tahu mereka di sana juga bertungkus-lumus membuat persediaan lain.
Memasuki pertengahan bulan Jun 2011, kami semakin ligat bermesyuarat dan menguruskan itu ini. Atmosfera, bilik seminar, conference room Pustaka, semua nya telah menjadi saksi akan pertemuan berjam-jam, bukan sekadar pertemuan kosong, tapi sarat dgn perancangan yang pelbagai. Pertemuan paling lama kami ialah di Atmosfera, dari jam 3 petang sehinggalah jam 8.30 malam, berhenti hanya untuk solat. Ya, aku ada mendengar suara sumbang yang mengatakan beliau tidak mendapat apa-apa dari pertemuan demi pertemuan. Kau mahu tahu sebabnya? Kerana kau tidak melibatkan diri sepenuh hati. Dari pemerhatian ku, kau datang ke mesyuarat sambil lewa, mengganggu konsentrasi mereka yang lain dgn usikan demi usikan. Jadi aku tidak hairan jika itu yang kau katakan. Dan akhirnya kau lepas tangan cuci kaki dan berlalu pergi begitu sahaja. Namun harus aku berterima kasih kepada kau kerana masih ada jasa kau terhadap program ini.
Memasuki minggu induksi yang berlangsung dari 18-21 Julai 2011. Tempoh ini adalah tempoh paling menguji ketahanan tubuh dan mental kami. Bilik kaunselor mula dikunjungi seawal jam 3 petang untuk menguruskan bahagian logistik. Kemudian kami teruskan sehingga malam di mana induksi bermula lebih kurang jam 7.45 malam, 4 hari berturut-turut. Kami berkampung sehinggalah jam 1 pagi. Gigitan nyamuk serta baju yang basah disirami peluh sudah tidak kami hiraukan. Di antara kami juga ada perselisihan faham, adat berprogram. Namun, semuanya berlaku supaya program berjalan lebih lancar. Luruh hatiku apabila dilemparkan tohmahan bahawasanya kami ini datang sekadar untuk menunjuk diri, mencuri ruang untuk berjumpa semula. Apa perlunya kami kembali ke maktab untuk bersatu semula? Apa perlunya kami korbankan masa, tenaga, wang untuk itu? Jika itu yang kami mahukan, semua ini tidak perlu. Sudah lama kami anjurkan sendiri majlis seumpama itu. Kalau saja mereka mengetahui segala cabaran dan dugaan yang kami tempuh. Atau mereka sengaja membutakan mata dan telinga.
Dugaan buatku terjadi sejurus selepas berakhirnya program ini. Tuduhan yang sama sekali tidak benar dilemparkan oleh insan yang selama ini aku puja, aku sanjungi, aku hormati, aku sayangi, insan yang tidak pernah terlintas untuk aku lupakan. Kutukan demi kutukan aku dengari. Dan semakin itulah seluruh tubuhku menjadi tidak bermaya, hatiku sedih dan perit yang teramat. Seperti luka yang disimbah cuka. Seperti daging-dagingku ditarah keluar hidup-hidup. Namun tiada sekelumit benci mahupun dendam terhadap beliau, kerana beliau pernah suatu ketika menguatkan aku di kala aku lemah. Rupa-rupanya beginilah rasanya ditikam dari belakang. Hancur semangatku. Betapa aku sanjungi insan ini sehingga SMS motivasi yang pernah beliau kirimkan kepada aku masih aku simpan hingga hari ini.
"Dalam hidup seorang pejuang, tiada jalan mudah untuk kejayaan. Semuanya penuh rintangan. Hadapinya satu persatu dengan bijaksana dan kesabaran. Jangan cepat kalah dan mengalah..Kejayaan milik kamu! Selamat berjuang."
Begitulah kata-kata beliau yang sentiasa aku ingati. Ya, jalan kejayaan ini penuh rintangan. Dan rintangan kali ini, beliau sendiri yang berikan padaku. Jika dulu beliau lah antara yang berjasa membina semangat ku, kini, beliau jugalah yang telah meruntuhkannya. Mungkin ini ujian Allah untukku. Aku redha diuji sebegini. Walau apa pun, aku masih menyayangi beliau sebagai insan yang pernah berjasa dalam hidupku. Pandanglah kepada kebaikan. Jangan kau dengar hasutan syaitan wahai diri.
MRSM Kuching adalah tempat yang pasti aku kunjungi setiap kali berkelapangan. Biarlah jemu warga di sana melihat aku, aku tidak peduli. Namun, setelah ini semua terjadi, menapakkan kaki ke maktab itu rasanya seperti dihujani peluru-peluru sesat. Hati rasa teramat sakit dan pilu. Setakat ini, aku akan katakan inilah yang terakhir dariku untuk maktab tercinta. Sekalipun ini mungkin berubah, aku pasti luka hati ini akan memakan masa yang lama untuk sembuh. Aku tahu jika dibandingkan rajuk hati ini dengan tanggungjawab yang tergalas, maka lebih berat lah timbangan tanggungjawab itu. Tapi andai saja kau, kau dan kau berada di tempat aku, maka kau akan mengerti rajuk hati ini. Andai bukan kerana keluarga dan rakan-rakan serta guru-guru yang masih menyayangi, pasti sudah aku bawa diri ini kembali ke rantau org. Biarlah jadi perantau daripada dihina di tempat sendiri.
salam sahabat,
ReplyDeletebiarlah segala seribu satu tomahan dilemparkan terhadapmu, namun diri ini sangat menyanjung tinggi sifat kepimpinanmu.. tanpamu, program ini mungkin hanya khayalan di minda... anggaplah perjalananmu sepanjang melaksanakan program ini adalah sebatang pokok.. jadikan segala penghinaan itu sebagai buah yang rosak, berulat dan x dikehendaki.. sebaliknya, penghargaan dan saat2 manis bersama rakan2 dan adik2 yang lain sebagai buah yang masak ranum...berkualiti tinggi.. jangan berputus asa k??
salam sanjung,
-TBN-
thanks Thailis. :)
ReplyDelete