Saturday, November 24, 2012

Jumu'ah #3

Dolok sementara nunggu result SPM, i got the chance untuk merasa sekejap bekerja bersama pimpinan PERKEPIS (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak). Alhamdulillah, banyak ilmu dalam mentadbir persatuan dan mengurus selia acara yang diturunkan dari pimpinan yang sik pernah lokek berkongsi. 

Dan dalam masa ya juak sempat terlibat dengan Muktamar. Dan sewaktu Muktamar ya lah pertama kali i heard people mengucapkan "Tahniah dan takziah di atas lantikan anda sebagai pimpinan baru". Selalunya kita akan ucap tahniah bila orang menang sesuatu jawatan kan?

And from there i learnt that kita ucap takziah sebab bila seseorang menerima sesuatu jawatan, bermakna beliau bersetuju untuk memikul amanah. Dan kita tahu amanah itu suatu perkara yang sangat berat. Dan sebagai manusia yang tidak sempurna, tidak mustahil kita terkhilaf dalam menjalankan amanah. Dan bila amanah tidak ditunaikan sebaiknya, maka berdosalah kita.

Sebab ya perkara yang melibatkan amanah tok jangan main-main. Bila kita diamanahkan dengan sesuatu jawatan, lagi-lagi apabila kita sendiri merelakan pencalonan diri; maka seharusnya kita sedaya upaya melaksanakan amanah. Termasuklah amanah duit yang disalurkan oleh Majlis Amanah Rakyat setiap bulan kepada pelajar tajaan, supaya kita belajar bersungguh-sungguh kerana belajar itu juga satu amanah dari pembayar-pembayar cukai. 

Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada murid-muridnya, "Apakah yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab besi, baja dan gajah. Semua jawapan mereka benar, tetapi yang paling berat di dunia ini adalah amanah, terang Imam Al-Ghazali. (Al-Ahzab:72)

Astarghfirullah. Semoga Allah ampunkan dosa kita untuk hak-hak dan amanah-amanah yang tidak tertunai. 

No comments:

Post a Comment