| Barisan budak-budak bitara tak jadi. Masa Tingkatan 4, budak-budak di atas telah menolak tawaran ke MRSM Langkawi/TGB. And we always wonder where would the road not taken lead us to. |
Alhamdulillah, minggu lepas berpeluang menghadiri majlis konvokesyen UTP ke-13. Sangat bersyukur sebab it was very inspiring, terutama bila pemenang pingat emas anugerah Canselor menyampaikan ucapan. Pesanan beliau yang paling terkesan di hati:
"Do not stop until you have found love in what you do."
Terus rasa macam dapat satu penumbuk di muka sebab selalu rasa putus asa dah nak study medic. Macam-macam perasaan datang sepanjang majlis. Mula-mula sampai sebelum pukul 8 pagi, menemani sahabat karib Nabilla Afzan yang berseorangan tanpa keluarga. Walaupun ini budak sejak zaman mesin purba dulu memang sentiasa nampak cool macam hati kering, tapi sebenarnya tahu je ini budak sangat sedih sebab mak ayahnya tak berkesempatan melihat anak mengambil segulung ijazah sebab ada urusan lain. Tidak berubah juga rupanya Nabilla yang ku kenal 10 tahun lalu sampai sekarang, tidak suka menampakkan kesedihan dan kerisauan dalam hati.
On the way mengiringi si labi-labi ke kaunter pendaftaran graduan, kelihatan seorang lelaki berkulit sawo matang yang sudah agak lanjut usianya beratur bersama ibu bapa lain untuk memasuki dewan. Blazer dan seluar krim yang dipakai nampak lebih besar dari susuk tubuh beliau. Dikenakan pula dengan sepasang kasut sukan lusuh. Terus mata ini terasa basah dan berkaca-kaca. Pasti beliau datang dari keluarga yang kurang senang. Tahniah kepada si anak kerana telah menghadiahkan kegembiraan kepada ibu ayah yg telah memerah peluh keringat demi anak-anak.
Semasa dalam dewan, liang-liang roma di badan asyik turun naik sebab bangga melihat kejayaan para graduan. Kemudian sebak pula melihat ibu bapa dari golongan sosial bawahan terutamanya. Terasa macam boleh faham betapa bangganya mereka. Orang-orang yang dari celik nya kelopak mata terus merasa kesenangan dunia mungkin kurang faham perasaan ini. Walaupun diri ini bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup segala keperluan, tapi sempat juga merasa zaman-zaman transition.
Dulu kalau dapat makan KFC umpama makan besar, dalam setahun mungkin hanya sekali. Sekarang, Alhamdulillah KFC itu macam setiap minggu/hari boleh makan.
Dulu setiap hujung minggu nampak mak bapak bertungkus-lumus jual makanan di hujung minggu atau di malam hari untuk cari rezeki lebih. Sekarang Alhamdulillah mereka sudah boleh berehat di hujung minggu.
Dulu selalu cemburu tengok kawan-kawan pakai kasut sekolah mahal-mahal tapi tak pernah pula disuarakan keinginan untuk memiliki yang seperti itu sebab tahu kami tak mampu. Cukuplah sekdar yang perlu.
...dan banyak lagi.
Anyway..
Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah selamat bergraduasi sepanjang bulan ini! Semoga tersemat niat untuk kembali ke tanah Borneo untuk memajukan negeri kita. Kalau bukan kita, siapa lagi?
jeles..seriyesss!
ReplyDelete