Kadang2 aku x paham dgn org2 yg ada jawatan dlm mana2 persatuan. Bila kita buat event, batang hidung dia mmg haram la nak nampak. But when it comes to their socity's event, promote bagai nak rak kat org lain dok suruh pakat2 ramai2 mai dtg.
Kalau aku jadi depa, malu aihh nak ajak org persatuan lain mai pasai aku tak penah mai or support event depa. Kalau mmg xleh nak mai tak kesah la. Ni mmg saja2 malas nak pi. Padahal dok rumah goyang kaki ja time org lain buat event. Padahal event tu mewakili kampus or kelompok dia.
Bukan nak kata apa la...kita ni hidup bermasyarakat, kena saling membantu, saling menyokong dan mendukung. Kalau hang tak mai pasai hang tak setuju dgn ideologi yang dibawak oleh persatuan tu, tadak org kisah aihh.. Memang la paham sgt kalau x boleh nak masok sgt dgn persatuan lain.
Tapi kalau mmg dah nampak sgt dok pegi event anjuran sendiri sahaja, tak boleh nak kata apa la. Cuma boleh kata org jenis mcm ni, pegang jawatan sekadar untuk ada sesuatu yg boleh diletak dalam resume. I bet kalau org jenis ni dah tak pegang apa2 jawatan dalam mana2 persatuan, mmg tak nampak dah batang hidung dia dalam mana2 event.
Ni bukan nak dok kata sapa2 naa...saja nak bagi tau kat hampa, jangan la dok guna org time susah ja. time2 org lain perlukan sokongan kita, pakat2 la tolong sekali. Nanti org naik muak tgk perangai kita.
peace no war :)
No comments:
Post a Comment