Hari ini aku dikhabarkan tentang kebahagiaan.
Dalam Al-Quran banyakkkkk sangat janji-janji Allah terhadap orang2 beriman. Terlalu banyak yang Allah gambarkan tentang syurga. Antara ayat-ayat tentang syurga:
Al-Muthaffifiin: 22
Al-Insan: 12-21 (tentang layanan terhadap ahli syurga)
Fathir: 34-35 (Allah hilangkan kesedihan dan kelelahan di syurga)
Maryam: 62
...dan banyak lagi.
Kita semua percaya syurga itu wujud. Agama mana pun percaya setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan. Tapi sejauh mana amal dan perbuatan kita menunjukkan bahawa kita benar2 yakin akan wujudnya balasan syurga? Kalau kita benar2 yakin syurga itu wujud, kenapa kita masih leka dengan dunia?
Beriman itu maksudnya kita YAKIN & PERCAYA. Kita mengaku kita beriman kepada hari akhirat, yakni kita mengakui wujudnya syurga dan neraka. Namun, sudah cukupkah amal ibadah kita untuk membuktikan keyakinan kita?
Daaaangggg! Rasa macam kena penampar satu bila tersedar yang selama ini aku hanya PERCAYA wujudnya syurga. Dan dalam tak sedar aku sebenarnya tidak YAKIN dengan kewujudan alam sebelah sana. Sebab apa? Bila dilihat-lihat kembali, apa yang telah aku lakukan untuk mendapatkan syurga?
Buang masa. buat dosa sana sini. Mengutuk org. Membazir duit untuk perkara tak sepatutnya. Tak taat perintah ibu bapa. Ada kalanya melawan dan mengguris hati mereka. dsb....
Dan apabila aku hanya percaya tetapi tidak yakin, maka CACAT lah rukun iman sebagai seorang Muslim. 21 tahun hidup, tetapi cacat rukun iman. suatu pembaziran dan kerugian yang besar. padahal antara yang akan ditanya pada hari pengadilan kelak adalah "bagaimana engkau habiskan masa mudamu?"
Ash- Shaff: 10-11
Dalam ayat ini, Allah telah katakan 2 perkara yang akan menyelamatkan kita dari azab yang pedih yakni:
1) beriman kepada Allah dan rasul
2) berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu
Yang mana, kedua2 panduan ini sebenarnya merujuk kepada 2 tugas utama manusia hidup di dunia; yakni sebagai hamba dan khalifah.
untuk mencapai kebahagiaan di syurga, maka hendaklah kita laksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah dengan sebaik-baiknya. dalam Al-Quran, Allah sering menyeru "wahai orang2 beriman.." tetapi adakah terdetik di hati kita bahawa Allah sebenarnya menyeru setiap seorang daripada kita? rasa amat malu kerana langsung tidak dapat merasakan apa2 di hati setiap kali bertemu dengan ayat-ayat seruan ini. adakah kerana aku bukan dari golongon beriman? astargfirullah, mohon dijauhkan.
terdapat perumpamaan tentang bahagia di dunia dan di akhirat.
andai kata dipilih manusia yang paling bahagia di dunia, lalu diletak ia ke dalam neraka barang sesaat cuma, lalu ditanyakan kepadanya; "adakah engkau pernah merasa nikmat bahagia?" nescaya ia akan menjawab TIDAK.
dan andai kata dipilih manusia paling derita hidupnya di dunia, lalu diletak ia ke dalam syurga barang sesaat cuma, lalu ditanyakan kepadanya; "adakah engkau pernah merasa derita?" nescaya ia akan menjawab TIDAK.
begitulah hebatnya penangan syurga sehinggakan ada yang mengatakan mendapat tempat di syurga seluas dan selebar sebatang panah busur adalah lebih baik dari mendapat tempat di dunia seisinya.
marilah kita berusaha untuk YAKIN & PERCAYA akan setiap janji2 Allah. YAKIN & PERCAYA setiap rukun iman. berusaha untuk tidak mensia-siakan masa di dunia untuk bekalan akhirat insyaAllah. berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan hakiki di syurga.
No comments:
Post a Comment