Tuesday, March 13, 2012

I curse too

kita tok idup nak, mok sik mok mesti kita akan judge urang. kadang2 sik sengaja pun. senang untuk kita nilai dari luar tapi mustahil untuk kita tauk apa isik ati urang ya. mcm aku tok, aku bukan nya perempuan yang bagus pun. banyak gik kelemahan, like seriously banyak. ada beberapa peristiwa la yg aku rasa org sik kan cayak ya aku.

contohnya, aku begaut bejalan gi kelas. urang rah depan aku tek pun tang begaut, mala jak rupa nak motong urang yang bejalan rah depan nya. kakya nya pun berjaya lah motong sidak ya tek. maka aku pun membontoti. but it turned out sidak tok tek pun sama juak slow -_-" kakya aku pun potong. sambil lalu sidak ya dalam ati aku tiba2 pande tersumpah "asshole!". *gulp*

mun aku masok jamban rumah nemu lantei lebor, pun aku nyumpah dlm ati "vavi, abis masa aku pake ngelap nok ditinggal kau. vavun!!!"

hmmm....apa boleh buat, aku manusia ada perasaan, aku belom mampu nak kawal apa yg ada dalam hati. aku belom cukup kuat untuk sampe tahap berlapang dada. tapi aku coba. malu lah dgn dirk empun, luar cukup ditutup tapi hati sebenanya kotor. kita boleh napok suma keburukan kita dalam hati, tapi Allah tauk apa yg ada dalam hati, dan tiba masanya kelak akan dibentangkan segala keburukan kita.

walau gine2 pun, kita mesti berusaha untuk bersangka baik. ya lah 1st step paling penting utk kita berlapang dada. tok ada nasihat dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani:


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



So, try as hard as we could to avoid judging people. To prevent us from 'riak'.

No comments:

Post a Comment